Aku bukannya seorang penulis,,blog ini kucipta untuk mengisi masa lapang ku dan kekosongan hatiku.. semoga pembaca blog ini mendapat titisan ilmu yang aku titiskan buat kalian semua... semoga impian-impian ku menjadi kenyataan, seindah mimpi yang menghiasi lena ku.
Jom Klik
Khamis, 15 Disember 2011
ASAL USUL ORANG MELAYU
Bangsa Melayu merupakan bangsa termuda di dunia dan merupakan satu bangsa yang amat unik berbanding bangsa lain. Peradaban bangsa Melayu terjadi akibat pertemuan beberapa bangsa di alam Kepulauan Melayu ini sehingga terbentuk satu identiti yang tetap. Daripada pertemuan ini bangsa Melayu tercipta dan mempunyai fokusnya di Tanah Melayu atau lebih dikenali sebagai Semenanjung Malaysia.
Pada zaman lampau, sesiapa sahaja yang menduduki Tanah Melayu dan beragama Islam dipanggil Melayu. Malah orang Arab yang menetap dipanggil Melayu, orang India yang menetap dipanggil Melayu, orang Cina yang menetap dipanggil Melayu. Itulah hasilnya apabila bangsa asing memeluk agama Islam dan digelar sebagai ‘masuk Melayu’.
Ini belum lagi termasuk bangsa yang sememangnya berasal dari rantau ini. Bugis, Jawa, Minangkabau, Mendeheleng dan Kerinci, semuanya Melayu, dan tiada siapa mempertikaikannya. Marilah kita lihat kepada kajian-kajian yang dilakukan terhadap bangsa Melayu kita. Sedarlah di mana kelemahan kita dan binalah di mana kekuatan kita. Semoga Allah beserta kita di dalam segala usaha, Insyaallah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan