Aku bukannya seorang penulis,,blog ini kucipta untuk mengisi masa lapang ku dan kekosongan hatiku.. semoga pembaca blog ini mendapat titisan ilmu yang aku titiskan buat kalian semua... semoga impian-impian ku menjadi kenyataan, seindah mimpi yang menghiasi lena ku.
Jom Klik
Isnin, 20 April 2009
Carefree ... Rindu Bayangan
Bila kukenang kurenung gambar wajahmu
Kisah yang lalu tak akan berulang lagi
Lupakan saja cerita lama
Usah dirayu pada yang tak sudi
Janganlah dinanti pada yang telah pergi
Hanya luka lamakan berdarah kembali
Kini kecewa tidak terkata
Mengapakah itu disebut lagi
( korus )
Apalah yang hendak di kata
Sudah suratan takdir yang menentukan
Ooh..oh..inilah ragam manusia
Manis di bibir pandai bermain lidah
Berputar-putar membelitkan kata-kata
Hanya linangan air mata yang menitis
Pada bayangan di angin lalu
Membisikkan kata rindu bayangan
Sumbangan RinaMS
Selasa, 14 April 2009
BULAN RABIUL AKHIR
Jika Rabiulawwal bererti bermulanya musim bunga bagi tanaman maka Rabiulakhir pula ertinya musim bunga yang akhir. Bulan ini merupakan peringkat akhir bagi tanaman-tanaman berbunga.
Pada waktu itu biasanya tanaman-tanaman di Tanah Arab akan mengalami peringkat akhir berbunga sebelum musim sejuk tiba. Selain dari Rabiulakhir, bulan ini juga dipanggil dengan nama Rabiul Thani yang membawa pengertian yang sama.
Perlu diketahui bahawa itu adalah gelaran nama bagi satu-satu bulan yang pada asalnya nama itu sudah wujud sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w lagi dan setelah Rasulullah mendapati nama-nama bulan itu tidak memberi makna yang buruk maka Rasulullah s.a.w mengekalkannya. Maka sebenarnya nama Rabiulakhir itu sendiri tidak ada perkaitan dengan ketetapan musim bunga atau buah kepada tanaman.
Cuaca, iklim, suhu dan musim adalah berkait rapat dengan peredaran matahari dan bintang-bintang lain sedangkan taqwim Islam Qamari adalah berlandaskan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi.
Kesimpulannya, Rabiulakhir yang bermakna musim bunga yang akhir tidak dapat dikaitkan dengan musim bunga sebenarnya, ia hanya sekadar nama bagi bulan itu sendiri.
Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Akhir
FADHILAT
- Peperangan - ada beberapa peperangan yang dicatat berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w yang berlaku di bulan Rabiulakhir diantaranya Peperangan Najran, Pengusiran kaum Yahudi Bani Nadir, Peperangan Al-Ghabah / Zi-Qarad dan Peperangan Al-Ghamar.
- Pengepungan Damsyik - pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a diketuai oleh Abu 'Ubaidah bin Al Jarrah dan Khalid bin Al Walid r.a tahun 14 Hijrah dan seterusnya membawa kepada pembukaan Damsyik.
- Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a meninggal dunia dan Saidina Umar Al-Khattab r.a di bai`ah menjadi Khalifah yang kedua.
- Peperangan Jamal - tahun fitnah dimana Saidatina Aisyah r.ha terheret dalam kancah peperangan menentang Khalifah Ali r.a.
- Ramai sahabat-sahabat yang gugur syahid diantaranya Talhah r.a dan Ibnu Zubir r.a.
- Imam Ghazali r.h meninggal dunia.
- Ada pendapat yang mengatakan 27 Rabiulakhir adalah tarikh Isra` dan Mi`raj Rasulullah s.a.w (tarikh difardhukan solat). Namun begitu tarikh yang masyhur dan yang diguna pakai di Malaysia ialah 27 Rejab. Sehingga sekarang masih belum ada kajian rasmi individu atau pihak tertentu yang menyemak kembali tarikh sebenar Isra` dan Mi`raj Rasulullah s.a.w.
Amalan-amalan ibadat sama ada yang fardhu mahupun yang sunat di bulan Rabiulakhir adalah sama dengan bulan-bulan yang lain. Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini. Walau bagaimanapun, kita diminta untuk meningkatkan amalan dari masa ke semasa walau dalam bulan mana sekalipun.
Terdapat banyak lagi amalan sunat yang masih kita tak buat atau tak berkesempatan buat. Maka pada bulan ini adalah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang kita tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini.
Disamping kita menjaga dan meningkatkan kualiti amalan-amalan wajib, kita juga mesti cuba memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang kita ketahui. Amalan-amalan sunat adalah penampung atau pelengkap kepada amalan-amalan wajib kita.
Diantara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan Rasulullah saw sepanjang tahun ialah solat tahajjud, solat qabliah dan ba`diah, puasa Isnin / Khamis, sedekah, membaca Al-Qur`an dan lain-lain lagi.
Selasa, 7 April 2009
TIADA LAGI-AMY SEARCH
Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda
Sampai kapan lagi
Aku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada
Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai
Di sini...
Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu
Tiada lagi kata cintamu
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu
sungguh senang
* Sungguh senang untuk kita tinggal solat.(susah sangat ka nak amik masa 4,5 minit untuk nak solat kejap)
* Sungguh senang untuk berjanji.(Memang senang untuk berjanji,tapi susah nak tunaikan,janji tak pernah ditepati)
* Sungguh senang untuk menipu.(Kenapa la suka sangat nak menipu?Tak ada apa faedah pon.Dapat dosa ada la)
* Sungguh senang untuk mengumpat.(Pot pet pot pet,ngumpat pasal orang,gamak boring pun,tayah la nk ngumpat.)
* Sungguh senang berfikiran negatif.(Kenapa kita harus berfikir negatif?Cth :Pantang nmpak anak dara yang agak berdahi licin,mula la nak pikir yang bukan²)
* Sungguh senang untuk terjerumus kepada maksiat.(Sekadar ingin mencuba,lama² jadi tabiat.Tak baik ni)
* Sungguh senang untuk merendahkan martabat seseorang.(Pada hal diri sendiri tak bagus mana pun,buat bagus-bagus ja)
Inilah di antara apa yang aku nampak..sila la tambah² la kalau ada yang tertinggal..bermacam perkara boleh terjadi dalam hidup kita,kadang² kita yang saja² buat..kadang² ia terjadi secara tak sengaja.."Yang baik jadikan teladan,yang jahat jadikan sempadan"