Jom Klik

Jumaat, 30 Disember 2011

minyak TYT punye citer

minyak ni la yang aku selalu guna kat alya......


baca info ni ye....




Produk Minyak TYT diharamkan – Minyak TYT diharamkan kerana Mengandungi Raksa berlebihan – Produk Minyak TYT diharamkan Kementerian Kesihatan

gambar minyak tyt

Produk Minyak TYT diharamkan Di Pasaran kerana Mengandungi Raksa berlebihan, Pihak berkuasa kawalan dadah telah membatalkan pendaftaran produk tradisional berdaftar – Twee Hong Suah yang dikesan mengandungi merkuri melebihi had yang dibenarkan.

Pengilang produk juga telah diarah untuk memberhentikan penjualan dan pembekalan dengan serta merta dan menarik balik kesemua produk minyak TYT dari pasaran.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman dalam satu kenyatan memaklumkan kesemua kelompok produk telah disampel di bawah aktiviti pengawasan mutu produk berdaftar.Ia dijalankan secara rutin oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.

Hasilnya ia didapati gagal ujian had merkuri dengan kandangan merkuri dikesan pada tahan tinggi melebih had biasa yang dibenarkan iaitu 0.5 miligram per kilogram.

Penggunaan logam berat itu dalam kuantiti berlebihan boleh mengakibatkan kesan keracunan seperti rasa kebas atau gatal, sakit, pertukaran warna kulit, bengkak dan kulit mengelupas.

Produk Twee Hong Suah digunakan secara tradisional untuk kanak-kanak bagi melegakan angin, sakit perut, loya, cirit birit, batuk dan demam. Produk ini terlalu laris dikalangan orang Melayu yang menggunakannya tanpa memikir risiko bakal dihadapi.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhenti menggunakan produk minyak TYT dengan serta merta.



Read more: http://www.nescafeais.com/minyak-tyt-diharamkan-kementerian-kesihatan/#ixzz1hzyvuphJ

JENJALAN DI AIR PANAS GADEK







Semalam kami sekeluarga jenjalan ke Melaka..perjalanan blik dr melaka kami singgah di kolam air panas Gadek,alor Gajah melaka.


Kolam Air Panas Gadek yang terletak di laluan Tampin-Melaka...
ni la die telaga air panas....

tempat berendam



info..info

Air panas gadek ni....beroperasi 24 jam tau...
tiket masuk rm5 dewasa...rm 3 kanak-kanak
saper berkesempatan bole la pegi....


Rabu, 28 Disember 2011

OHHHH..BARU TAU


akhirnya terjawab perSOALAN
kenapa orang gantung anak patung dekat bumper kereta..
rupa-rupanya ini budaya orang Thailand. Orang sana percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat dia mati. Takut nanti dia menganggu orang yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka pasang anak patung.
Supaya roh kanak-kanak tu happy.

ASTAGFIRULLAH...

haaa tengok lah! orang kita ni suka ikut budaya luar!
asal cute je buat.. tak fikir pun sebabnya kan!
COMEL LA SANGAT..

tapi aKU tak tahu lah pulak kalau ada sebab lain!
mAybe kalau gantung kat dalam kereta nanti ORANG X NAMPAK kot! so, gantung bawah kereta baru nampak stylo sikit! HAHAHAHA...

tapi sekarang dah tahu sebab nyaa!
dan sekarang, kalau ada dikalangan kawan kita yang buat, tegur-tegur la ye!



PEKASAM IKAN PUYU


ni lauk makan malam td....ikan pekasam..

lama x makan....fuhhh sungguh menyelerakan.....

aku nk share resepi ikam pekasam goreng yang aku wat td...

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 3 ekor ikan pekasam
  • 2 labu bawang besar di potong nipis
  • 1 ulas bawang putih di potong nipis
  • 4 tangkai cili api yang dipotong kecil - (kalau guna cili kering buang biji dipotong pendek dan serong)
  • Sedikit minyak untuk menggoreng ikan pekasam
  • 1 biji limau nipis

Cara-cara

  1. Panaskan sedikit minyak dan goreng dulu ikan pekasam. Apabila ikan agak-agak nak masak, masukkan bawang besar, bawang putih dan cili api. Goreng sekali dengan ikan hingga kekuningan.. Dah masak angkat dan letak dalam pinggan.
  2. Perah limau nipis bila hendak makan diatas lauk pekasam tadi. dan makan dengan nasi panas.

mudah kannnn...

Jumaat, 23 Disember 2011

PIRING ASTRO


Mungkin ada yang hairan dengan tajuk ni, adakah kebetulan ataupun memang benar-benar seperti yang dinyatakan. Apa-apa pun kita baca je lah fakta yang di kopi paste ini :

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk mene...rima maklumat yang dipancarkan dari satelit.
Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana? KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.
Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah. "Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat. Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.
"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.
Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..

'Jangan' Tentang Telefon Bimbit


1. Jangan Simpan Dalam Poket

Bagi lelaki yang suka menyimpan handphone (hp) didalam poket seluar, sebaiknya sebaiknya selepas membaca ni akan berfikir dua kali kerana, hp menghasilkan medan elektrostatik & elektromagnetik yang mengakibatkan ketidaksuburan lelaki.

2. Jangan Guna Dekat Barangan Elektronik
Jangan gunakan hp ketika isyarat lemah berdekatan barangan elektronik berkuasa tinggi. Contoh barangan elektronik mengeluarkan medan elektonik yang tinggi seperti televisyen, oven, peti sejuk, radio dan lain-lain.. daya yang dikeluarkan oleh barangan tersebut boleh mengakibatkan kebakaran pada printer circuit board (pcb) dalam hp terbakar.

3. Jangan Dekat Dengan Kunci Kereta
Dalam keadaan tertentu, hp yang digunakan dalam kendaraan akan memberikan impak kerosakan terhadap peralatan elektronik kenderaan. Hp yang diletakkan terlalu dekat dengan kunci kenderaan boleh mangakibatkat terhapusnya kod yang ada dalam sistem elektronik pada kunci kenderaan tersebut.

4. Jangan Dekat Dengan Komputer
Komputer & hp adalah alat yang gelombang elektromagnetik. Jika berada dalam jarak yang dekat, maka keduanya akan saling merosakkan. Anda tentu tidak ingin kalau kedua-dua gajet kegemaran anda kerosakkan ?

5. Jangan Simpan di Tempat Bersuhu Tinggi
Tempat bersuhu tinggi, kelembaban tinggi, & berdebu merupakan geng musuh hp anda.. Mungkin anda tidak menyedari yang anda sering kali “menjemur” hp anda di atas dashboard kereta, tingkap & beg.


6. Jangan Meletakkan Kad SIM Dekat Magnet
Bahaya kad SIM dekat dengan benda-benda yang mengandung magnet kerana radiasi yang dipancarkan. Hp juga berkebolehan untuk merosakkan kad memori & kad kredit anda.

7. Jangan Dekat dengan Logam
Hindari hp anda daripada berdekatan dengan logam-logam kecil kerana speaker hp anda akan menarik benda-benda tersebut. Hp akan mengalami kerosakan fizikal.


8. Jangan Dekat Alatan Hospital
Kebanyakan hospital adalah tempat yang paling tak sesuai untuk hp. Selaian pesakit memerlukan ketenangan, peralatan media seperti alat bantuan pendengaran & alat pengepam jantung akan terganggu. Jangan kerana hp, anda menjadi seorang pembunuh dalam senyap


9. Jangan Dekat Dengan Gas Yang Mudah Terbakar
Gas merbahaya kerana mempunyai tekanan yang tinggi dan juga mudah terbakar. Berada dekat dengan gas yang mudah terbakar boleh mengakibatkan hp anda tidak berfungsi dengan baik.


10. Jangan Basah
Rasanya kita semua sudah tahu betapa bahayanya air bagi hp. Air juga musuh kepada kamera hp.. Apatah lagi ketika musim hujan, boleh mengundang banyak masalah. Bagi penunggang motorsikal, bersiap sedialah untuk menyembunyikan hp anda sebelum hujan tiba.

Khamis, 22 Disember 2011

HARI INI HUJAN....

kat Kuala Pilah sekarang ni boleh dikatakan hari2 hujan dan guruh kan?. Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang disekeliling saya "Cuaca buruk saja akhir2 ni ye.."

Soalnya, Kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?
'-Iskk, tak kering lah baju kalau asyik hujan saja..'
' -Alahai, hujan laaagiiii'
'-Tiap-tiap hari hujan...susah lah macam ni'
'-Payah nak buat apa-apa kalau hujan'
'-Tak boleh balik lagi, hujan!'

Bukankah bebel2an tu lebih baik digantikan dengan doa :

"Allahumma syaiyiban nafi'a"
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.
"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan
rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan
dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit saja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi. Cuma saya terfikir, Kenapa orang selalu bad mood bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba saja bermuram ni..?" macam biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim
sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. kasihan hujan.


Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.
sekarang ni, tiap-tiap hari hujan. tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab.Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu2 langit sedang terbuka? "Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik.. Dalam ilmu
tasawwuf (dan ilmu2 fardhu Ain lain pun ada jugak) mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah. Tak payah kita tentukan, tak perlu kita perintahkan, Allah tahu bila nak turunkan hujan, Kenapa perlu hujan, dan banyak mana/lama mana nak diturunkan hujan. Contoh, bila kita makan buah epal hijau, masam.. lepas itu kita kata,
"Eii, masamnya buah ni!" kita kritik sapa tu? kita tak suka epal masam tu, lain kali beli epal merah. kalau dapat yang tak elok jugak, agaknya kita yang tak elok, sebab tu yang tak elok tak elok mai kat kita (boleh terima ke?). Ini kena ngaji bab redha, sehingga kita sanggup terima apa saja, sebab yakin itu semua dari Allah.

Lihatlah firman Allah yang bermaksud :

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ni kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kat kita
sekarang ni ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air tu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu
meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu,
sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." Surah Hud : 123

moga ada manfaat, insya Allah

Rabu, 21 Disember 2011

HUKUM SCAN BAYI DALAM KANDUNGAN

Soalan :
Adakah dibolehkan membuat scan kandungan ibu untuk mengetahui jantina bayi yang akan dilahirkan? Adakah dibulehkan ke dalam islam?

Jawapan : Oleh Ustaz Azhar
Tidak menjadi kesalahan melakukan scan kepada ibu2 yg sedang hamil dengan tujuan ingin mengetahui jantina bayi yang sedang berada di dalam kandungan dengan syarat amalan tersebut tidak memudaratkan kesihatan ibu dan bayi tersebut dan mestilah di lakukan oleh doktor wanita. Tidak harus dilakukan oleh doktor lelaki yang bukan mahram sekalipun suami ada bersama ketika scan dilakukan kerana scan ini tidak termasuk perkara dharurah.

Apabila keputusan scan telah di putuskan hendaklah kita faham bahawa keputusan tersebut tidak semestinya betul 100% kerana hanya Allah swt yang bersifat dengan amat mengetahui segala perkara yang ghaib.

Firman Allah swt yang bermaksud :
“Sesungguhnya hanya Allah swt yang amat mengetahui segala yang ghaib pada langit dan pada bumi”.

Artinya keputusan scan tersebut boleh jadi salah dan boleh jadi betul. Ada beberapa kes yang telah di laporkan berlaku kesalahan berkenaan keputusan jantina yang akan lahir ini. Apabila telah diketahui jantina bayi pula, kita mestilah redha dengan apa jua jantina yang dikandung itu kerana anak adalah merupakan nikmat yang sangat besar dan suatu amanah yang sangat berat. Amalan berduka apabila mengetahui jantina anak tidak sebagaimana yang diingini adalah salah disisi syara’ dan ini merupakan amalan jahiliyyah sebagaimana umat2 musrikin arab yang tidak suka apabila melahirkan anak perempuan sebagai contoh.

Jadi yang haramnya bukan terletak pada scan tersebut tetapi pada tindakan kita apabila mengetahui jantina anak samada masih didalam kandungan atau setelah dilahirkan.

Wallahua’lam

Selasa, 20 Disember 2011

AGIHAN PENDAPATAN ASB

malam td aku tgk blutin utama mengenai announcement agihan dividen dan bonus untuk ASB tahun 2011...



so apa lagi gi la amik buku kira siap2...huhu klu kira yg pendapatan taulah...tp klu nk kena kira yg bonus tu tak brp nak pndi sgt sbb rasa cam lain skit kot cara pengiraan bonus nie...takperlah kita tgu tahun depan jerlah pi update buku...hehe


klu nak ikut kan agihan pendapatan asb thn nie takderlah byk sgt tp byk sket dari tahun lepas...bonus plak kurang sket dari tahun lepas...klu korag tgk carta pendapatn asb yg saya copy nie dari tahun 2000 smpi 2010...thn yg paling byk adalah tahun 2000 9.75% tu mewah giler...tp semakin lama semakin menurun...selalunya klu tgk dividen meningkat, bonus mesti menurun dan sebaliknyelah...so kira2 tak lari kemana ponx jumlahnye....

Isnin, 19 Disember 2011

Gambar Wanita Boleh Dibogelkan Guna Editor Xray Photoshop Sumber: Gambar Wanita Boleh Dibogelkan Guna Editor Xray Photoshop | melvister.com

Pernahkah anda membaca tentang Benarkah Gambar wanita boleh dibogelkan dengan aplikasi editor x-ray? Pasti ramai yang tahu bahawa kewujudan aplikasi ini dalam photoshop akan menjadikan wanita mangsa bagi mereka yang ada perasaan hasad dengki dan cuba memfitnah anda.

Dalam erti kata lain, jika ada yang cuba memburukkan anda mereka akan ambil gambar anda dari facebook dan masukkan menggunakan aplikasi xray dalam photoshop sekaligus membuat anda kelihatan bogel. Ianya memang nampak palsu namun ia juga boleh memalukan anda. Kepada wanita, anda dinasihatkan supaya berhati-hati jika upload gambar anda kat facebook ye.

Cara untuk elak gambar anda kena edit dan bogel

Senang jer, korang jangan pakai baju warna putih sebab baju putih ni akan memudahkan gambar anda diedit dan dibogelkan.



Sumber: Gambar Wanita Boleh Dibogelkan Guna Editor Xray Photoshop | melvister.com

Jumaat, 16 Disember 2011

KEAJAIBAN NOMBOR DALAM AL-QURAN


Ajaib tetapi benar!
Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan
Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara
telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti
nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi,
kejuruteraan, minda dan sebagainya
Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:
DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali
MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali
HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali
FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali
UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali
IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali
BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali
BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali
ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali
MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali
EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali
KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali
ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali
MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali
LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali
NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali
BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali
KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali
MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali
LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali
SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali
LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus
Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi
71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.
Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

NOTA:
Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quran," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.

Khamis, 15 Disember 2011

ASAL USUL ORANG MELAYU


Bangsa Melayu merupakan bangsa termuda di dunia dan merupakan satu bangsa yang amat unik berbanding bangsa lain. Peradaban bangsa Melayu terjadi akibat pertemuan beberapa bangsa di alam Kepulauan Melayu ini sehingga terbentuk satu identiti yang tetap. Daripada pertemuan ini bangsa Melayu tercipta dan mempunyai fokusnya di Tanah Melayu atau lebih dikenali sebagai Semenanjung Malaysia.

Pada zaman lampau, sesiapa sahaja yang menduduki Tanah Melayu dan beragama Islam dipanggil Melayu. Malah orang Arab yang menetap dipanggil Melayu, orang India yang menetap dipanggil Melayu, orang Cina yang menetap dipanggil Melayu. Itulah hasilnya apabila bangsa asing memeluk agama Islam dan digelar sebagai ‘masuk Melayu’.

Ini belum lagi termasuk bangsa yang sememangnya berasal dari rantau ini. Bugis, Jawa, Minangkabau, Mendeheleng dan Kerinci, semuanya Melayu, dan tiada siapa mempertikaikannya. Marilah kita lihat kepada kajian-kajian yang dilakukan terhadap bangsa Melayu kita. Sedarlah di mana kelemahan kita dan binalah di mana kekuatan kita. Semoga Allah beserta kita di dalam segala usaha, Insyaallah

Rabu, 14 Disember 2011

HUKUM MAKAN DENGAN TANGAN KIRI


Dalam hadits yang muttafaqun ‘alaih,
يَا غُلاَمُ سَمِّ اللَّهَ ، وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ
“Wahai anak, sebutlah nama Allah, dan makanlah dengan tangan kananmu, serta makanlah yang ada di hadapanmu." (HR. Bukhari no. 5376, Bab Membaca Basmalah ketika Makan dan Makan dengan Tangan Kanan; Muslim no. 2022, Bab Adab Makan-Minum dan Hukumnya)

Dalam Shahih Muslim disebutkan sebuah riwayat,
« إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَأْكُلْ بِيَمِينِهِ وَإِذَا شَرِبَ فَلْيَشْرَبْ بِيَمِينِهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَأْكُلُ بِشِمَالِهِ وَيَشْرَبُ بِشِمَالِهِ ».
"Jika seseorang di antara kalian makan, maka hendaknya dia makan dengan tangan kanannya. Jika minum maka hendaknya juga minum dengan tangan kanannya, karena setan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya pula." (HR. Muslim no. 2020, Bab Adab Makan-Minum dan Hukumnya)

Dalam kitab yang sama disebutkan riwayat lainnya,
أَنَّ رَجُلاً أَكَلَ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بِشِمَالِهِ فَقَالَ « كُلْ بِيَمِينِكَ ». قَالَ لاَ أَسْتَطِيعُ قَالَ « لاَ اسْتَطَعْتَ ». مَا مَنَعَهُ إِلاَّ الْكِبْرُ. قَالَ فَمَا رَفَعَهَا إِلَى فِيهِ.
“Ada seorang laki-laki makan di samping Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dengan tangan kirinya. Lalu Rasulullah bersabda, ‘Makanlah dengan tangan kananmu!’ Dia malah menjawab, 'Aku tidak bisa.' Beliau bersabda, ‘Benarkah kamu tidak bisa?’ -dia menolaknya karena sombong-. Setelah itu tangannya tidak bisa sampai ke mulutnya.” (HR. Muslim no. 2021)

Dari beberapa hadits di atas, kita dapat menarik pelajaran bahwa terlarangnya makan dengan tangan kiri.
Kebanyakan ulama Syafi’iyah berpandangan bahwa hukum makan dengan tangan kanan hanyalah sunnah (dianjurkan). Demikianlah yang dipilih oleh Al Ghozali kemudian An Nawawi. Akan tetapi, ada pendapat tegas dari Imam Asy Syafi’i dalam kitab “Ar Risalah” dan di tempat lain dalam “Al Umm” yang menyatakan bahwa hukum makan dengan tangan kanan adalah wajib.[1]

Pendapat yang dikatakan oleh Imam Asy Syafi’i, itulah yang dinilai lebih kuat.

Penulis ‘Aunul Ma’bud, Al ‘Azhim Abadi memberikan penjelasan, “Pada hadits (urutan kedua seperti di atas, pen) secara tekstual menunjukkan perintah untuk makan dan minum dengan tangan kanan adalah wajib. Demikianlah pendapat sebagian ulama. Bahkan hal ini dikuatkan oleh riwayat Muslim, “Ada seorang laki-laki makan di samping Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dengan tangan kirinya. Lalu Rasulullah bersabda, ‘Makanlah dengan tangan kananmu!’ Dia malah menjawab, 'Aku tidak bisa.' Beliau bersabda, ‘Benarkah kamu tidak bisa?’ -dia menolaknya karena sombong-. Setelah itu tangannya tidak bisa sampai ke mulutnya.”[2]

Artinya jika dikatakan wajib, maka yang makan atau minum dengan tangan kiri dengan kesengajaan, berarti melakukan keharaman. Demikianlah yang lebih tepat karena ada penguat dalam riwayat Muslim yang menyatakan bahwa makan dengan tangan kiri menyerupai perbuatan setan. Inilah yang menjadi alasan wajibnya sebagaimana telah jelas dalam kaedah fiqhiyah. Wallahu a’lam.

Namun jika ada udzur (halangan) menggunakan tangan kanan kala itu, maka dimaafkan jika harus menggunakan tangan kiri. Ibnu Baththol menukil perkataan Ath Thobari, di mana beliau berkata, “Tidak boleh makan dan minum dengan tangan kiri kecuali bagi orang yang tangan kanannya dalam kesulitan untuk digunakan karena mesti melakukan hal lainnya seperti digunakan untuk mengambil, memberi, mengangkat, meletakkan atau membentangkan sesuatu.” Lalu Ath Thobari menyebutkan riwayat ‘Ali yang mendukung hal ini.[3] Ingat sekali lagi, dibolehkan dengan tangan kiri di sini ketika memang darurat, bukan karena malas.

Baca selengkapanya di sini:
http://rumaysho.com/belajar-islam/amalan/3201-hukum-makan-dengan-tangan-kiri.html

Selasa, 13 Disember 2011

Amalan elak hati jadi ‘batu’




Oleh Mohd Fadly Samsudin
fadly[@]hmetro.com.my

SESEORANG yang keras hatinya akibat terlalu kotor menghitam pasti tidak lagi merasakan kemanisan dan keseronokan beribadat.

Lebih membimbangkan ialah apabila hati ke tahap tidak ‘bernyawa’ lagi (mati), pasti tiada lagi perasaan insani dalam diri mereka.

Akibatnya, mereka tidak dapat lagi membezakan antara kebaikan dan keburukan. Hatinya terpadam sifat manusia yang bertamadun, mempunyai peraturan hidup, belas ihsan dan perasaan takutkan kemurkaan Allah s.w.t.

Melakukan kemungkaran dan kejahatan tidak sedikit pun memberi perasaan bersalah dalam diri. Maka sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja bentuk jenayah atau kekejaman di dunia ini.

Hati ialah organ paling utama dalam tubuh manusia. Ia kelak akan menjadi penilaian terpenting Allah terhadap hamba-Nya. Bayangkan, setiap kemungkaran dan kejahatan menerbitkan satu titik hitam pada hati manusia jika dilakukan tanpa bertaubat.

Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Allah berfirman yang bermaksud: “Sebenarnya ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.” (Surah al-Muthaffifiin ayat 14)

Oleh itu, manusia perlu sentiasa menjaga hati mereka sama seperti anggota badan yang lain supaya sentiasa sihat dan mendorong mereka melakukan kebaikan.

Hati kotor dan keras perlu dibersihkan kerana kegagalan memulihkannya berfungsi dengan baik kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah pada hari akhirat kelak.

Allah berfirman bermaksud: “Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah az-Zumar ayat 22)

Sucikanlah ia dengan banyak mengingati Allah iaitu berdoa meminta keampunan daripada-Nya setiap hari serta menghitung kesilapan diri. Firman Allah bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d ayat 28)

Jika seorang berasa senang, berbangga melakukan maksiat selain tiada langsung penyesalan selepas melakukan dosa, itu adalah tanda hati mereka bermasalah. Renungilah kehidupan di dunia ini pasti ada penamatnya. Sudahkah kita bersiap sedia menghadapi fasa seterusnya?

Pendakwah bebas, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata empat perkara utama yang perlu dijaga untuk memastikan hati sentiasa sihat ialah menjaga amal ibadat, sibuk mencari ilmu, berkawan dengan orang yang boleh memberi bimbingan serta banyak berdoa kepada Allah.

“Jika solat lima waktu tidak dijaga ia menyebabkan hati jauh daripada mengingati Allah. Ibu bapa perlu sentiasa mengingatkan anak supaya tidak sesekali meninggalkan solat.

“Begitu juga dengan tuntutan mencari ilmu, ia penting kerana amalan yang dilakukan dengan ilmu itu mempunyai kualiti dalam memastikan hati terdorong melakukan kebaikan.

“Bermohonlah kepada Allah untuk apa saja permintaan dan hajat kita kerana ia senjata orang mukmin selain memohon taubat supaya dosa silam diampunkan Allah,” katanya.

Menurutnya, hati adalah raja yang mengawal tubuh badan sama ada untuk melakukan kebaikan atau kemungkaran.


Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya dan jika rosak daging itu, rosaklah seluruh tubuhnya serta ketahuilah ia adalah hati. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Setiap Muslim perlu bermujahadah melawan nafsu kerana syaitan tidak akan berhenti menggoda dan memesongkan hati manusia daripada segenap sudut sehingga ke hari kiamat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Diskusi Addin sempena Karnival Gegaria Harian Metro di Taman Awam Kubang Gajah, Temerloh, Pahang baru-baru ini.

Turut hadir, Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood yang membincangkan topik ‘Hati Mati, Keluarga Sengsara’, Ia dipengerusikan Eksekutif Agama The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Ustaz Zamanuddin Jusoh.

Siti Nor Bahyah berkata, baik atau sebaliknya seseorang itu bergantung kepada hatinya.

“Lihat hikmah yang terdapat daripada kisah Luqman al-Hakim apabila tuannya memerintahkan supaya menyembelih seekor kambing dan membawa bahagian terbaik dan bahagian yang terburuk.

“Kemudian Luqman membawa kepada tuannya seketul hati. Berkata tuannya: “Wahai Luqman sembelih seekor kambing dan bawa seketul daging paling tidak baik.” Lalu Luqman juga membawa seketul hati.

“Ia membawa maksud baik atau tidak seseorang itu bergantung kepada hatinya. Maka bersihkan hati dengan membuang empat ‘racun’ dalam diri iaitu berlebihan dalam berbicara, berlebihan melihat sesuatu, berlebihan dalam makan dan berlebihan dalam pergaulan.

Menurutnya berlebihan dalam berkata-kata menyebabkan seseorang itu banyak melakukan dosa.

“Dalam sebuah kisah ketika Huzaifah bertemu nabi dan meminta diberi petua kepadanya apa yang patut dia cakap supaya isterinya senang mendengar. Nabi menjawab: “Beristighfar dahulu sebelum bercakap.”

“Jika makanan terisi dengan banyaknya menyebabkan ia akan menjadi racun yang mengotorkan hati. Luqman al-Hakim berkata kepada puteranya: “Janganlah engkau banyak tidur dan makan. Barang siapa banyak melakukan kedua-duanya, pada hari kiamat dia miskin amal soleh.”

“Luqman memberi petua, perut sepatutnya diisi dengan satu pertiga makanan, satu pertiga minuman dan satu pertiga lagi untuk pernafasan,” katanya.

Siti Nor Bahyah mengingatkan kepada suami supaya memastikan mereka membawa rezeki halal lagi bersih kepada keluarganya.

“Kisah seorang lelaki yang bertanyakan kepada Rasulullah kenapa Allah tidak makbulkan doanya kerana dia tidak mendapat isteri dan anak yang soleh.

Rasulullah berkata: “Perbaiki makanan dulu (halal dan baik) nescaya doa akan dikabulkan.”

“Justeru, setiap pagi sebelum suami melangkah keluar mencari rezeki salam dan cium tangannya serta berpesan kepada suami supaya mencari rezeki yang halal kerana tidak sanggup dibakar api neraka jika ia daripada sumber haram,” katanya.

Beliau berkata, tiga ramuan atau petua yang dapat membantu menyuburkan hati ialah bermuhasabah diri, menimbulkan perasaan khauf (takut) kepada Allah serta banyakkan beristighfar.

“Sebagai suami, contohnya mereka perlu bertanya diri mereka adakah sudah menjaga amanah (isteri dan anak) dengan sempurna? Binalah keluarga sehingga ke syurga apabila menjadikan solat berjemaah bersama-sama sebagai amalan.

“Melakukan solat berjemaah dapat menambah keberkatan serta merapatkan hubungan kekeluargaan. Maka akan lahirlah ‘keluarga syurga’ yang diidam-idamkan.

“Melalui istighfar juga mampu membersihkan diri manusia daripada dosa. Nabi yang dijamin syurga sekalipun tetap meminta keampunan kepada Allah setiap hari,” katanya.

Khamis, 8 Disember 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU IJA N AZRUL





ALHAMDULILLAH..majlis perkahwinan yang dirancang oleh kedua-dua belah keluarga berjalan dngan lancarnya setelah 1 tahun mereka mengikat tali pertunangan..
semoga ikatan cinta mreka berdua berkekalan hingga akhir hayat...