Jom Klik

Rabu, 2 September 2009

KISAH SI AIR MATA



Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka

"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.sBeliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.

Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a "Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :

1. Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2. Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3. Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan. Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.

1. Apabila dahi nya berpeluh.
2. Airmatanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

sampaikanlah walau satu ayat" al hadis

IKAN MASAK MASAM MANIS


ni lauk berbuka malam ni..teringin sangat nk makn...
sempat ambik gambar lagi tu....


sape2 nk cube ni ha resepi die...
1 ekor ikan kerapu
1/2 batang timun dibuang biji
4 keping nenas dipotong panjang
2 biji tomato
3 biji bawang putih
5 sudu makan cili kering / cili boh
6 sudu makan sos tomato
2 sudu sos ikan
1/2 batang lobak merah
2 bji bawang besar
daun ketumbar dan daun sup

Cara membuat:

Goreng ikan hingga garing, kemudian tumiskan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan pula cili, sos tomato, sos ikan, lobak merah, nenas, timun, bawang, air, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya. Kemudian masukkan pula bawang besar dan kacau hingga rata. Biar sehingga masak, padam api dapur. Tuangkan kuah di atas ikan dan tabur daun sup dan daun ketumbar diatasnya. Hidangkan. dan makan yummmu...

begedil daging cincang



Bahan-bahan
Bahan A
½ kg daging (direbus hingga empuk, ditos, di blender)
5 biji kentang (dikupas kulit dan direbus dlm air berisi sedikit garam)
50 sen daun bawang (dicincang sederhana halus)
Segenggam bawang merah goreng
½ genggan bawang putih goreng
2 sudu kecil serbuk ketumbar
Serba sedikit serbuk jintan putih, serbuk lada manis, serbuk lada hitam.
Sedikit tepung gandum sebagai agen pelekat adunan
Sedikit garam

*Sekurang kurang nya 3 biji putih telur untuk bahan celupan.
*minyak gorengan



Cara-cara
Adunkan bahan A hingga sebati. Kemudian bulatkan adunan saiz sesuap makan, dan tekan sedikit. Celupkan doh yg dah dibulatkan itu ke dalam putih telur. Kemudian gorengkan hingga keperangan. Siap.

Cerita sebalik resepi
Selalunya begedil daging nih along je yang selalu pelengkap mi soto. sebelum ni makn je,sekarang en. hubby suka makan terpaksa cari resepi..hehehe br padan muke..

P/S:
-jaga jaga paras kolestrol anda. Dan juga diet anda. Saya takkan ingat semua tuh kalau dah jumpa begedil daging yg dimakan sederhana panas bersama sos lada hitam+sos cili+mayonis, hahahaha!

Rabu, 26 Ogos 2009

RAMADHAN AL-MUBARAK

SATU PERKONGSIAN ILMU : MARI KITA SINGKAP YANG TERSIRAT DI SEBALIK KEHADIRAN RAMADHAN AL MUBARAK YANG SAYA PETIK DARI BLOG DARUSSIFA':

APAKAH DOA YANG PALING UTAMA DI BULAN RAMADAN DAN SIAPAKAH DIA UWAIS AL-QARNI?

Oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Kedatangan bulan Ramadhan walaupun menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ianya menjadi suatu mercu tanda kepada orang-orang yang ingin mencapai kepada matlamat penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah swt;

Surah Al-Baqarah:183

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah:183)

Khususnya dalam kontek kita berpuasa disebutkan sebagai “La‘al lakum tattaqun” maksudnya dengan berpuasa kamu akan memperolehi darjat ketaqwaan kepada Allah swt. Menjadi suatu yang agak lumrah kepada insan, biasa disebut, di hafal dan diingati kalimah ini “La‘al lakum tattaqun”, tetapi pernahkah, sampaikah kita ke tahap “tattaqun” itu bila sampai Ramadan dan berakhir Ramadan?

Sampaikah kita kepada apa yang nabi sebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya iaitu “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”, iaitu maksudnya “Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya”.


Tidak ada insan yang tidak berdosa melainkan nabi yang maksom. Kita lihat dizaman ini banyak perkara yang terpaksa kita telan dan kita tempuh. Akibatnya kita terpaksa menerima kemurkaan-kemurkaan Allah swt. kepada hamba-hambanya. Kita lihat dari bala bencana, musibah demi musibah, kita lihat dari berbagai-bagai kejadian yang tidak menyenangkan menunjukkan bahawa adanya kemurkaan Allah. Allah tidak akan murka melainkan kerana besarnya dosa manusia. Kerana itu datang ramadan, memanglah boleh menghairankan orang yang sempat hidup sampai Ramadan, apabila habis Ramadan dosa dia tidak terampun.

Sebab itu Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemua peluang dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi “Bilakah berlaku malam Qadar?”. Nabi bertanya kepada Aisyah semula “Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”. Aisyah menjawab “Saya tak tahu” kemudian Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi jawab “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah

Doa Paling Afdal Dibulan Ramadan
“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).

Sebenarnya Nabi dah tahu yang Aisyah itu akan masuk syurga ertinya dosanya telah diampunkan oleh Allah tetapi kenapa Nabi masih menyuruh Aisyah untuk memohon kepada Allah agar diampunkan dosa?. Sedangkan Aisyah memang layak untuk tidak dimasukkan ke dalam neraka, hanya layak ke syurga. Soal dosa dan pahala dia dah tak kisah sangat tapi nabi masih menyuruhnya berdoa supaya Allah ampunkan dosa.
Saya nak kaitkan dengan satu kisah iaitu bila Allah bagi tahu kepada nabi Muhammad s.a.w. iaitu ada insan yang akan lahir dikalangan Tabiin (“Tabiin” maknanya satu kumpulan insan yang tidak sempat berjumpa dengan nabi tetapi hanya sempat berjumpa dengan sahabat nabi sahaja. Kalau orang yang sempat berjumpa dengan nabi, itu dipanggil “Sahabat”. Kalau orang yang lahir kedunia ini setelah nabi wafat tetapi sempat berjumpa dengan Sahabat ia dipanggil Tabiin).

Nabi berpesan kepada Umar dan Ali, “Akan lahir dikalangan Tabiin seorang insan yang doa dia sangat makbul nama dia Uwais al-Qarni dan dia akan lahir dizaman kamu”.

Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai “al-Mubasyirun bil Jannah” iaitu mereka dah dijamin masuk syurga.

Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali, “Dizaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dbesarkan di Yaman. Dia akan muncul dizaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia mintak tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”

Sama juga macam kisah Siti Aisyah tadi, Umar dan Ali bertanya kepada nabi soalan yang sama iaitu “Apakah yang patut saya mintak daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi menjawab “Kamu mintak kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian”.

Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan nabi, mintak sesuatu yang baik kepada mereka, nabi menjawab “Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt.” Jadi topik al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari yang begitu relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau logiknya ahli syurga macam dah tak perlu kepada ampun dosa kerana mereka dah dijamin masuk syurga, tetapi tidak, nabi masih tekankan supaya mintak Allah ampunkan dosa.

Siti Aisyah telah bertemu dengan malam Qadar, dia telah berdoa sepanjang malam sampai ke subuh dengan doa yang nabi ajarkan iaitu “Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).

Memang benarlah firasat seorang nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Memang mereka tunggu dan cari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu mereka dengan Uwais al-Qarni.

Dengan pandangan mata luar, tidak mungkin dia orang yang nabi maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersama dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang akal tidak sempurna (wire short), sesuatu yang macam tidak betul pada pandangan orang. Tetapi dia ada sesuatu…..

Asal usul Uwais al-Qarni

Dia asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.

Satu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji.

Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.

Ibu Uwais semakin uzur maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya “Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.

Uwais mendapat suatu ilham, dia terfikir apa nak dibuat. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk lembu itu di atas bukit).

Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.

Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dia ini gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu diatas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.

Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.

Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Setelah pulang semula ke rumah dia di Yaman, Ibu dia berkata kepada dia “ Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”. Uwais menjawab “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”. Ibunya bertanya lagi “Bagaiman pula dengan dosa kamu”. Uwais menjawab “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga”.

Ibunya berkata lagi “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”. Uwais kata “Saya keberkatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah ta’ala”. Ibunya menanbah “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”.

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa “Tolonglah Ya Allah kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit”

Allah swt. sembuhkan serta merta, hilang putih sopak diseluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya. (Kalau bagi nabi, baginda ada Khatam Nubuwah iaitu tanda kenabian, tanda pada nabi bersinar) Tanda tompok putih pada Uwais sebab dia mintak agar jangan dibuang kesemuanya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka nabi sebut kepada Umar dan Ali akan tanda ini. Tandanya kamu nampak dibelakang dia ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni.

Selepas tidak lama Uwais berdoa yang demikian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya disisi Allah. Doa dia cukup makbul hatta penyakit sopak pun boleh sembuh. Mengikut al-Quran, Nabi Isa Alaihisalam yang pernah berdoa untuk kesembuhan penyakit sopak dizamannya.

Berbalik kita kepada point asal, Sayidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais ini minta satu sahaja iaitu minta supaya doakan supaya Allah swt. mengampun semua dosa-dosa mereka.

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata “Aku datang ini dari Yaman ke Madinah kerana aku nak tunaikan wasiat nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. Aku datang ini nak tunaikan wasiat itulah”. Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

Doa yang paling utama di malam Qadar

Seperti yang saya sebutkam dipermulaan tadi “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”, Memang hairan orang yang dapat hidup sampai Ramadan ini, tetapi dosa dia tidak diampun.

Kalau malam ini malam Qadar, fokus kita selalunya memanglah nak minta hal-hal keduniaan. Kalau kita dapat rasakan dalam perasaan dalaman seorang insan kecil hamba Allah ini apa yang hendak kita mintak di malam Qadar? Saya rasa orang tidak begitu berminat untuk minta supaya diampunkan segala dosa, mereka akan minta yang lain pula, minta saham naik, perniagaan laris, dapat kahwin lagi dua, kaya, mesti pilihan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, sedangkan “Wallah yuridul akhirah”. Allah dan RasulNya lebih mengutamakan penghidupan akhirat itulah yang paling mustahak sekali.

Selama ini pun kita tidak tahu bahawasanya terampunkah dosa-dosa yang telah kita buat? walaupun kita rasa macam dosa itu Allah telah ampunkan.

Ada peluang yang macam ini iaitu malam Qadar atau berpeluang berjumpa dengan orang-orang yang konfirm macam tadi iaitu doa-doa mereka makbul seperti orang-orang yang soleh dan seumpamanya doa yang paling utama dan besar diminta ialah minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita.

Bukan kata orang lain sebagai contoh besar, hatta nabi yang dikatakan “Ghoforollah hu mat taqadaman”, Allah ta’ala ampunkan dosa dia yang telah lalu (jika ada) dan juga ampun untuk yang akan datang.

Tetapi kenapa nabi masih berdoa kepada Allah tiap-tiap hari tidak kurang dari seratus kali iaitu “Astagh firruka humma waatubu ilaih”. Sehari seratus kali , sembahyang baginda, berdoa panjang-panjang sampai dikataka juga (hadith Aisyah) sampai bengkak kaki nabi. Sampai Siti Aisyah berkata kepada nabi, “Ya Rasulullah, kenapalah sampai kamu teruk-teruk beribadah hingga bengkak kaki, sembahyang lama-lama, menangis lama-lama, tidakkah Allah telah ampunkan dosa kamu dahulu dan kemudian?”. Nabi menjawab “Kalau demikian adanya mengapa aku tidak menjadi hamba yang bersyukur”.

Syukur maknanya melakukan ibadah kepada Allah swt. Inilah yang saya katakan tadi, datanglah sistem yang Islam kemukakan kepada ummah, seluruh aktiviti-aktiiti ibadah, penumpuan kepada persiapan-persiapan yang dikatakan “Wa tazau wadu” kesemuanya ditujukan ke arah pembersihan diri, hati, akal dan budi daripada yang dipanggil “al-khush” (yang tidak baik).

Al-Quran memberikan satu analogi iaitu Bumi kalau sudah cantik dan subur dia mudah menumbuhkan pokok-pokok yang bermanfaat dan bagi bumi yang kotor (bagi maksud tidak sesuai ditanam tumbuhan) seperti tempat berbatu dan berpasir, tanam apapun tak tumbuh, kalau tumbuh pun dia tak jadi seperti tempat yang lain.

Maksudnya sama seperti insan, kalau yang disimpan dalam diri kita ini kotor (benda yang jijik) maka tidak akan keluar melainkan yang kotor juga. Kalau dalam diri kita baik, dia akan menumbuhkan yang baik, amal dia baik, kata-kata dia baik, akhlak dia baik, muammalah dia baik dan dia dikatakan orang yang baik.

Allah itu baik, Dia tidak terima amalan melainkan amalan yang baik juga. Sebab itu dari awal Islam datang dah ada sistem seperti contoh ayat-ayat al-Quran yang awal turun surah Al-Mudatsir, firman Allah yang bermaksud “Wahai orang-orang yang sedang tidur, bangunlah kamu beri peringatan kepada manusia (maknanya bergerak dalam satu wadah perjuangan, mengerakkan jiwa diri sendiri dan jiwa insan) dan kepada Tuhanmulah kamu wajib membesarkanNya, jangan mengagungkan yang lain, agungkan Allah swt. sahaja.

Caranya diberikan beberapa analogi seperti apa yang kamu pakai iaitu pakaian biasa, rumah tempat tinggal, kereta yang dinaiki dan apa sahajalah mestilah yang bersih, kamu kena sucikan dia. Sebab ini sangat kena dengan ayat yang nabi hayati. Diantara pakaian yang nabi suka pakai ialah pakaian putih yang melambangkan suci dan bersih. Walaupun kadangkala nabi pakai warna merah dan hitam didalam peperangan tetapi yang paling nabi sukai ialah warna putih.

Sebab itu kita lihat, pakaian haji putih, kain kafan putih (tak pernah nampak lagi kain kafan warna hijau, kain kafan biru lagi tak pernah nampak). Ditempat saya masjid-masjid gunakan kain putih sebagai alas tempat sujud. Serban umumnya putih. Serban nabi putih kadangkala ada yang hijau.

Apabila diluar memakai pakaian putih bersih maka didalam diri perlu buang segala kekotoran. Islam mengajar agar diluar bersih sehingga kedalam diri juga bersih. Kalaulah inilah yang nabi buat dari pada mula memanglah bulan Ramadan ini yang utama ialah untuk membersihkan diri.

Dengan puasa yang kita buat, malam kita bertarawih, berdoa secara bersistematik dari awal ramadan sampai akhir ramadan iaitu doa;

Doa Paling Afdal di Bulan Ramadhan
“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).

Kalau dibuat setiap malam dari awal ramadan sampai akhir ramadan pastilah kita jumpa dengan satu malam yang mana malam ini ialah malam Qadar. Sebab dia pasti datang setiap tahun dibulan ramadan. Kalau kena malam itu maka sampailah tujuan tadi kita dapat memohon daripada Allah swt. minta yang paling berharga iaitu bermohon agar Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita. Kalau bertemu demikian kita sampailah kepada matlamat tadi iaitu “La’al lakum tat takun” dengannya kamu bertaqwa, dengannya kamu sampai kepada matlamat yang dikatakan tadi.

“Ya ‘ajaban”, memang menghairankan orang yang sempat datang Ramadan kepadanya dia tidak manfaatkan ramadan itu untuk Allah ampunkan semua dosa-dosanya.

Semua krisis-krisis dunia, semua masalah yang insan hadapi didunia, yang kita hadapi hari ini dalam semua masalah, pergaduhan, hutang yang banyak, akan berakhir bila orang itu mati. Kita berjanji dengan orang, bertelagah, bergaduh, semua krisis-krisis dunia ini kepada seorang insan dia habis bila dia mati.

Tetapi krisis dosa dengan Allah ta’ala khasnya krisis keimanan, krisis kerana kita menyimpan dosa yang melibatkan iman dan sebagainya, didunia dia tidak menampakkan masalah tetapi sebenarnya ia akan bermula apabila telah hampir nak mati, masuk kubur lagi masalah, alam barzakh lagi masalah, sampai kepada alam mahsyar lagi bermasalah puncanya balik kepada dosa tadi.

Sebab itu nabi telah bagi satu garis panduan yang cukup senang kita faham. Kita tidak disuruh minta dimalam Qadar supaya turun emas dari langit, minta agar dikasihani oleh semua orang, minta agar dijadikan ketua selama-lamanya, untung berniaga, bukan itu yang patut diminta. Sebaliknya nabi bagi contoh kalau ini dapat kamu capai walaupun dunia kamu susah sekejap tetapi kamu akan berakhir krisis dunia ini bila kamu mati.

Jika kamu ada dosa ini mati bermula suatu penghidupan yang perit, malah dari sejak nak mati sekalipun sudah bermula, sampai kepada peringkat orang-orang yang “Zalimi an fusu hum” orang-orang yang menzalimi diri mereka dalam kehidupan ini kerana membiarkan dosa, banyak melakukan dosa, tidak cuba untuk membuang dosa, bila nak mati akan datang malaikat kepada mereka dengan pemukul untuk pukul muka, belakang hingga ke punggung mereka. Ia bermula daripada nyawa nak keluar, tergantung-gantung diantara langit dan bumi, diantara barzakh dengan tidak barzakh, masuk kubur terseksa.

Sebab itulah nabi nak lepaskan kita daripada seksaan ini semua, nak pastikan kepada isteri dia Siti Aisyah pun berpesan “Kalau kamu dapat malam Qadar jangan minta yang lain selain daripada minta supaya diampunkan Allah segala dosa”.

Ingatlah juga ketika nabi berpesan kepada orang yang dia sayangi iaitu Umar (bapa mertuanya) dan Ali (menantunya) kalau kamu berjumpa dengan Uwais al-Qarni mintalah supaya Allah ampunkan segala dosa kamu. Begitu juga nabi berpesan kepada sahabat-sahabat yang lain supaya bermohon supaya Allah ampunkan segala dosa.

Penutup

Memang telah menjadi tradisi kita di Darussyifa’, kita bertemu sekali dalam bulan Ramadan bersama-sama berbuka puasa, bersolat tarawih dan saya berpeluang untuk berucap mengajak diri saya dan mengajak semua orang. Kita akan manfaatkan Ramadan ini dengan fokus kita supaya tidak ada lagi dosa, kalau ada dosa diampunkan. Caranya kita jangan tambah dosa, yang ada selesaikan. Minta ampun yang berbaki daripadanya.

Dan AlhamdulilLah jika kita diambil oleh Allah dibulan Ramadan lebih-lebih lagi jika kita mati di Mekah di bulan Ramadan. Macam baru-baru ini orang Malaysia yang mati kemalangan jalanraya di Mekah, kita cemburu kerana Allah pilih dia dan tidak pilih kita. Pilih mereka yang dalam musafir, dalam keadaan buat Umrah, dalam bulan Ramadan pula, mati syahid dunia kerana mereka luka parah, kemudian disembahyangkan pula di Masjidil Haram yamg setiap malam sembahyang itu jutaan manusia yang mendoakan mereka masuk syurga. Jadi itu satu keberuntungan kerana Allah pilih mereka. Kita pula menunggu giliran entah dimana..

Maka persediaan kepada kita, pada saya, pada saudara sekalian, kita ambil peluang Ramadan ini untuk Allah ampunkan dosa kita semua. Supaya kita termasuk dikalangan hamba yang akan beruntung khasnya selepas kita kembali kepada Allah swt.

Selamat berpuasa, selamat berhari raya, maaf zahir batin, terima kasih kepada yang menganjurkan majlis malam ini Darussyifa’ dan kita mengharapkan kepada Allah swt. agar sentiasa menghimpunkan kita sebagai orang-orang yang sentiasa berkasih sayang dan saling bermaaf-maafan menuju kepada kerahmatan dan keberkatan Allah swt.

Isnin, 17 Ogos 2009

TAHUKAH ANDA: SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA

Tahukah anda apa yang tersirat di sebalik peristiwa Sambutan Hari Wanita Sedunia pada 08 Ogos setiap tahun ?

Sebenarnya, Hari Wanita Kebangsaan merupakan satu cuti umum di Afrika Selatan pada 9 Ogos. Ini memperingatkan tentang perarakan kebangsaan kaum wanita pada hari ini tahun 1956 yang bertujuan untuk membuat rayuan membantah perundangan yang mewajibkan kaum Afrika untuk membawa "pas", dokumen pengenalan istimewa yang mengehadkan kebebasan bergerak untuk seseorang yang berbangsa Afrika semasa zaman aparteid.

Pada 9 Ogos 1956, seramai 20 000 orang wanita mengadakan sesuatu perarakan di sekitar Union Buildings di Pretoria untuk membantah penggubalan yang dicadangkan kepada Akta Kawasan Urban (biasanya dikenali sebagai pass laws) pada tahun 1950. Mereka meninggalkan sebilangan rayuan yang mengandungi lebih daripada 100 000 tandatangan pada pintu pejabat Perdana Menteri J.G. Strijdom.

Mereka berada di luar dengan senyap selama 30 minit, kebanyakan daripada mereka membawa anak-anak mereka pada belakang tubuh mereka. Ini termasuklah para pengasuh kanak-kanak yang turut membawa anak majikan kulit putih mereka. Para kaum wanita menyanyikan sebuah lagu bantahan yang ditulis untuk peristiwa itu: Wathint’Abafazi Wathint’imbokodo! (Sekarang anda telah menyentuh wanita, anda telah memukul batu.). Pada 50 tahun yang lalu, sejak peristiwa itu, frasa (atau yang terbaru: "anda pukul seorang wanita, anda pukul sebuah batu") telah melambangkan keberanian dan kekuatan kaum wanita di Afrika Selatan.

Perarakan ini diketuai oleh Lilian Ngoyi, Helen Joseph, Rahima Moosa, dan Sophia Williams-De Bruyn.

Sejak tahun 1994, tarikh 9 Ogos ditetapkan sebagai Hari Wanita di Afrika Selatan. Pada tahun 2006 sebuah enakmen semula perarakan ini dijalankan untuk ulang tahun ke-50nya, dengan kehadiran banyak veteran perarakan 1956.

Di Malysia kita pula, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Pembangunan Wanita akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan Tahun 2009 seperti berikut :

Tarikh : 25 Ogos 2009 (Selasa)

Tempat : Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)

Perasmian : 5.30 petang - 8.00 malam

Perasmian majlis ini akan disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik seperti pameran dan jualan akan diadakan di sekitar Pusat Konvensyen bermula dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Selain dari itu Majlis Berbuka Puasa bersama-sama YAB Perdana Menteri turut diadakan.

Apa yang hendak dikongsikan di sini ialah apakah peranan seorang wanita sebenarnya dalam kehidupan seorang anak. seorang suami, dalam sebuah keluarga,dalam sebuah organisasi,sebuah masyarakat,sebuah bangsa,sebuah negara dan peranannya dalam global? Apapun peranannya yang penting ialah niat yang tersirat dalam diri wanita itu sendiri.Tidak disangkal wanita memang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia,kalau tidak masa kan terdapat bijak pandai berkata," Wanita yang menghayun buaian,mampu mengoncangkan dunia." Renung-renungkanlah apa yang tersirat di sebalik ini semua...

H1N1 - info to share

apa itu H1N1?

viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.

jangka hayat virus

oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati. maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.

apa yg perlu tahu

asal virus ini

sebenarnya telah terdapat outbrake di USsebelum terjadi outbrake di mexicotp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan USmahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico.

virologi virus H1N1

incubation periodyg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari
ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit
pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4
H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

cara serangan

virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan
virus ini akanmenyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS)
peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akanmenyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse'
ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi

siapa yang berisiko

1 orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemuk

2 perempuan yg mengandung

3 orang yg ada astmatic

4 orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)

* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas



simptom2

day 1 rasa kurang sihat, tak bermaya
day 2 selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)
day 3 rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
day 4 sakit dada yg teruk.........jumpa doktor dngan segera.......

day 5 and above lung collapse @ koma



langkah2 kawalan

1 golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)

2 menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3 elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4 jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5 jika kurang sihat dan ada ILI( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)

6 utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.

7 jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8 jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.

9 tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.

10 vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.

11 utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12 tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbrake ini. sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.

Amin.

ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m'sia

di pan pasific klia pada 01.08.2009.

Cerita -ceriti

Sedar tak sedar hri ini dh 26 Syaaban...4 hari lagi masuk buln Ramadhan..Ramadhan lepas tu Syawal(hehehe belum Puasa lagi dh ingat Raya)Ramadhan dan Syawal pertama saya seorang isteri....satu transformasi diri akan berlaku..kena prepare for sahur n kna makan shur..pengalaman yang lepas sahur aku adalah sahur yang pertama dan kedua je yang bersemangat..lpas tu menung je la tgok hidangan sahur..
so azam ramadhan tahun ni..nk sahur smpai habis pose walaupun tu sebenrnya azam setiap kali ramadhan menjelma...hehehehe...
Berpuasa bersama suami dan keluarga baru(mertua ku.)dan yang paling bermakna puase bersama suami walaupun kami weekends husband n wife or kate orang terenganu `` tinggal suku-suku`` atau bahasa standard tinggal asing-asing...

Raya pun satu hal yang nk kena fikir...baju raya mak tolong wat kan itu pun baju yang mak zabidah jerteh hadiah kan sebagai hadiah perkahwinan kami..rase mcm nk tambah bju lgi..tu pun tgk budget kami...
sebut pasal mak jerteh..target tahun ni,.. kena pergi sana.. dh 5 tahun x je sana..
ntah ingat ke tak jalan ke sana...tp sebelum tu kena tanya En.Hubby..my boss nk g ke tak...

buat tukang baca blog ni..especially ``abang`` semoga puase kali ini lebih bermakna buat kita...

Puase hari pertama kita nk buka dimana ye..my dear... rembau ke selaru..

Rabu, 12 Ogos 2009

TULANG RUSUK......MENCARI YANG SEMPURNA


Untuk renungan bersama…
Kisah yang penuh iktibar, semoga kita dapat mengambil pengajaran daripadanya.
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Kamu, tulang rusukku! Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.

Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya….

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara.

Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada.

Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak ‘Kamu tidak cintakan saya lagi!!!’.

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak ‘Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!’

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.

Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

‘Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing’ .

Lima tahun berlalu.

LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.

WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali.

Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik… Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telefon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz ‘Selamat tinggal..’

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC.

Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat…

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati…

Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?

Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan
sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,

Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak se sempurna RASULULLAH S.A.W
Adakalanya..kita mengambil masa terlalu lama untuk bersedia memiliki sesuatu yang kita mahukan tanpa kita sedari pada masa kita telah bersedia, apa yang kita mahukan telah pun hilang terlepas dari tangan...

Selasa, 11 Ogos 2009

aku belajar

~Aku belajar... bahawa aku tidak dapat memaksa orang lain untuk mencintaiku. Aku hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang aku cintai...

Aku belajar... bahwa perlukan waktu bertahun-tahun untuk membangun kepercayaan, dan beberapa detik saja untuk menghancurkannya...

Aku belajar... bahawa orang yang aku sangka jahat, sdalah orang yang membangkitkan semangat hidupku serta begitu prihatin...

Aku belajar... bahawa sahabat terbaikku dapat melakukan banyak hal dan kami selalu memiliki waktu yang terbaik....

Aku belajar... bahawa sahabat sejati sentiasa berkembang walau dipisahkan jarak dan waktu, dan beberapa di antaranya melahirkan cinta sejati...

Aku belajar... bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang aku inginkan bukan bererti dia tidak mencintaiku...

Aku belajar... bahawa sebaik-baik pasangan mereka pasti pernah melukai perasaannya, dan untuk itu kita harus memaafkan...

Aku belajar... bahawa aku harus mengampuni diri sendiri dan orang lain, jika tidak mahu dikuasai perasaan bersalah terus menerus...

Aku belajar... bahawa tidak menjadi masalah seberapa buruknya patah hati itu kerana dunia tidak akan berhenti hanya kerana kesedihanku...

Aku belajar... bahawa aku tidak dapat megubah seorang yang aku sayangi melainkan bergantung kepada diri mereka sendiri...

Aku belajar... bahawa lingkungan dapat mempengaruhi peribadiku, tetapi aku harus bertanggungjawab untuk setiap apa yang aku lakukan...

Aku belajar... bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda sama, tetapi kadang-kadang dari sudut pandang yang berbeza...

Aku belajar... bahawa tidaklah penting apa yang aku miliki tapi yang penting adalah siapa aku ini sebenarnya...

Aku belajar... bahawa tidak ada yang segera atau serba cepat di dunia ini, semua perlukan proses dan pertumbuhan, kecuali aku ingin sakit hati...

Aku belajar... bahawa aku harus memilih apakah menguasai sikap dan emosi, atau sikap dan emosi itu yang menguasaiku...

Aku belajar... bahawa kata-kata manis tanpa tindakan adalah saat perpisahan dengan orang yang aku cintai...

Aku belajar... bahawa orang yang sangat aku cintai dan kasihi justru sering diambil dahulu dari pada kehidupanku...

SEMPURNAKAH KITA


Terlalu inginkan kesempurnaan bakal merosak diri. Sebaiknya sempurnakan diri sendiri sebelum mengharap kesempurnaan dari orang lain. Seperti berdiri di hadapan sebuah cermin, imej yang dipantulkan di cermin itulah hasil daripada apa yang kita paparkan di depan cermin. Jika cantik, maka cantikla imej yang ditunjukkan. Jika buruk, maka buruklah juga imej yang terpapar di cermin itu.
Mungkin dalam mencari kesempurnaan itu terselit kealpaan kita pada sesuatu yang sepatutnya lebih kita hargai. Mungkin juga kesempurnaan yang dicari-cari itu sudah pun berada di depan mata. Ketaksuban pada pencarian kesempurnaan itu membutakan mata kepada apa yang sepatutnya dihargai di depan mata.
Lumrah manusia, bila hilang dicari, bila berada depan mata tak dihargai. Jadi, usah terlalu mencari sesuatu yang sempurna kiranya kita sendiri belum mampu menjadi insan yang sempurna di mata orang lain. Terimalah apa pun seadanya. Hargai apa yang ada di depan mata kita sebelum kita terlewat menyedari betapa berharganya apa yang pernah kita miliki itu.
~ Kita adalah kejadian sempurna, tetapi apa yang kita lakukan selalunya tak sempurna~

Khamis, 30 Julai 2009

DEAR MY HUBBY

Buat Suamiku...
Ku dedikasikan cinta ini untukmu...
sebagai satu tanda cinta..
kasih dan sayang antara kita..

Walau onak dan duri..
walau badai dan ribut menimpa...
InsyaAllah..
Cinta, kasih dan Sayang Kita...
tetap akan trus mekar..

demi cinta-Nya...
demi kasih-Nya..
demi rindu-Nya...

Hanya kerna Dia tahu...
Isterimu ini terlalu menyintaimu...

~ Isterimu ~

DEDIKASI BUAT SUAMI KU

Alhamdulillah, akhirnya semuanya selesai dengan baik.

Seperti biasa, mengalah bukan beerti kalah.



Suamiku....

Suatu waktu dulu

Kau hadir dalam hidupku

Tanpa cinta, tanpa perasaan

Hanya kasih sayang abang & adik

Kau merubah hidupku yang dalam kegelapan

Kau merubah keadaanku yang dalam kejahilan

Kau merubah diriku kearah kebaikan

Kau ciptakan seorang insan baru


Suamiku

Aku bersyukur diketemukan denganmu

Akhirnya kasih sayang kita terikat dengan ikatan cinta

Cinta yang hadir tanpa diundang

Cinta yang hadir dengan takdirNya

Kita semai cinta itu dengan kasih sayang

Kita semai cinta yang berputik dengan segala cabaran

Kita semai cinta dengan segala duri & onar

Kita semai cinta dengan keringat & airmata

Kita semai cinta dengan gelak tawa & tangis

Meniarap menelan pasir

Menelantang menadah embun



Suamiku,

Sejak dulu, kini & selamanya

Hanya kau yang terbaik buatku

Kau yang pertama & terakhir

Kau tiada penggantinya

Di dunia mahupun diakhirat

Hidup matiku biarlah bersamamu

Jika ditakdirkan hidupku seribu tahun lagi

Biarlah hidup ku itu bersama mu

Dalam susah mahupun senang

Dalam duka mahupun suka

Dalam tawa mahupun tangis


SuamikuKasih sayangku usah diragu

Cinta ku hanya padamu

Segala seribu kebaikanmu

Pasti akan sentiasa menutup jika ada satu kesilapanmu

Dirimu kuterima seadanya

Buruk baik hanya kaulah suamiku


Salam sayang selalu dariku...................

cerita tentang cinta

aku tertarik dengan soal selidik salah seorang sahabat yg kini melanjutkan pengajian dlm Phd bidang kaunseling perkahwinan & rumahtangga. Beliau kini sedang menjalankan NEED ANAYLISIS meninjau dimana apakah keperluan kaunseling rumahtangga & perkahwinan dalam konteks masyarakat Malaysia hari ini…walaupun usia perkahwinan aku baru mencecah 13 hari, Memacam ilmu & celik akal saya perolehi…Stastiti k kini menunjukkan peningkatan kadar penceraian di Malaysia makin hari makin meriah…nampak gayanya apa sudah jadi dengan prosedur & pengisian yg dibawakan cthnya kursus perkahwinan apakah sudah cukup memadai module serta kupasan yg dibawakan… ataupun MEMERLUKAN ENRICHMENT.. .penambahbaikan? ??Satu persoalan yg bakal terungkai menerusi kaji selidik yang dilakukan.

TANGGUNGJAWAB BOLEH MENJADI SUATU YANG MEMBEBANKAN BILA KASIH PUDAR WARNA…

Pola serta gaya hidup masyarakat hari ini sudah mula berubah…arus modenasasi.. .tuntutan dan komitmen kehidupan adakalanya membuatkan mengatur KEUTAMAAN DALAM KEHIDUPAN jadi tersasar…ambil shj contoh mudah kebanyakan suami isteri dan juga ibu serta ayah hari ini kedua-duanya keluar mencari rezeki untuk kelangsungan hidup….itu kisah dunia hari ini. Berbanding zaman dahulu ayah shj keluar mencari rezeki ibu pula di rumah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya sbg isteri dan menguruskan hal-hal kebajikan suami serta anak-anak. Cabaran hari ini berbeza…dengan bebanan fikiran…tanggungj awab di pejabat, belum masuk soal kebajikan di rumah…komitmen. ..ansuran bank…ansuran banknyer macam-macam jenis ansurannya hutang pinjaman loan, kad kredit, perumahan, kereta…pengajian. ..itu tak masuk belanja dapur, pembelajran anak-anak… makan pakainya…duit nursery…bil letrik, bil air, telephone… duit mak ayah tanda ingatan membesar & mendidik kita…ini baru kisah HUTANG ~ niepun dah cukup membuatkan DUNIA HILANG SERI bila memikirnya, betul tak??? Itu sebab nak kena belajar macam mana NAK MAKE PEACE dgn daily stress isu supaya tidak terperangkap dengan HELAH SYAITAN MENDIVERTKAN MASALAH KPD MASALAH LEBIH BESAR termengadu, terjatuh cinta..semuanya ter..ter..tak elok utk kesihatantu hentikan.

AMANAH SUATU “HADIAH” DRPD ILAHI…

BELUM LAGI masuk cerita PENGISIAN… .proses pendidikan.. .kasih sayang & perhatian untuk ahli keluarga & insan2 yg disayangi… itu yang anak masuk tadika ibu & ayah sekali dok mengaji semula syllabus tadika…ini cth keluarga yang hormoni & together-gether. ..buat anak sama-sama… .susah-senang sama-sama… begitu juga dalam aspek kehidupan rumahtanggatu SAMA-SAMA… memasak, mengemas, mendidik, memberi perhatian & kasih sayang..belaian sama-sama… .SAMA-SAMA MENIKMATI ANUGERAH ALLAH DLM KEHIDUPAN INI…HADIAH BERGELAR “SUAMI”….HADIAH BERGELAR “ISTERI”…HADIAH BERGELAR AYAH & JUGA IBU…EACH & EVERY MOMENT IS A TREASURE…A BEAUTIFUL JOURNEY TO LIVE IN….masa yang berlalu takkan berputar kembali…lihat shj disekeliling betapa ramai wanita mahupun lelaki yang SINGLE…JANGAN TIPU DIRI SENDIRI!!!.. .menidakkan fitrah insan ingin dikasihi & mengasihi… kesepian, kesunyian… betapa ramai pasangan yg berumahtangga tapi diuji dengan UJIAN MENANTI ZURIAT…MAKA MENGAPA HARUS DIPINGGIRKAN AMANAH INI…mengapa harus dibiarlayu.. .kasih sayang & “HADIAH” ini…mengharapkan pokok yg ditanam akan tubuh mekar & subur jika tiada inisiatif utk menyuburkannya. ..lama-lama kering & layulaa…mati. …tambah pula musim kemarau…tambah pula ada serangga mengacau…TAKE ACTION!!!NEVER TOO LATE!!!Jangan sesekali menidakkan teguran,luahan rasa hati pasangan anda….kerana apa????TAKUT- TAKUT…pendaman demi pendamaan yag dialami…membuatka n kasih sayang itu dingin & membeku…bila dah dingin…hati jadi kering silap hari bulan…takde karan!!! Menangis airmata darah pun tiada gunanya…

MARRIAGE IS A SACRED JOURNEY…usah kita cemari perjalanan ini.

Kehidupan berumahtangga bagi saya merupakan SUATU PERJALANAN YG SUCI…SANGAT SUCI…SANGAT- SANGAT INDAH…”MARRIAGE FOR ME IS A SACRED JOURNEY”…kerana disitu Allah menyediakan setiap ahli dalam sistem rumahtangga dimana suami, isteri & anak-anak utk sama-sama menikmati NIKMAT KEHIDUPAN yang namanya kasih sayang, perjuangan, pengorbanan. ..REWARD. ..berbakti. ..sama-sama mengumpul ASET/PAHALA untuk bekal akhirat…Allah sendiri berpesan “JAGALAH DIRI KAMU…AHLI KELUARGA KAMU DARIPADA API DUNIA & API AKHIRAT”…perjalanan suci maka tidak seharusnya ahli di dalamnya melukai…menganiya i antara satu sama lain…MENGANIAYA kehidupan orang lain…MENIDAKKAN HAK YG SEWAJARNYA DIBERIKAN sama maknanya menganiyai kehidupan anda sendiri….membuka lorong-lorong ke neraka.IT TAKES TWO TANGO…memerlukan kerjasama kedua-belah pihak suami & juga isteri utk mencorakkan perjalanan rumahtangga kalian. Anak-anak yang masih kecil JANGAN DISALAHKAN.. .!!!! Mereka anugerah Ilahi yang BERSIH SIFATNYA…sebelum nak mengherdik anak-anak… memaki hamun…mengeluarka n perkataan negatif yang kesat spt degil, nakal, bodoh, tak mendengar kata…CERMIN DULU DIRI ANDA SEBAGAI IBUBAPA…mana silapnya!!!Jangan sesekali anda biarkan PENYAKIT KETURUNAN ini diteruskan.. .

PERKATAAN NEGATIF IBARAT DOA/MANTRA

Perkataan-perkataan negatif…sama maknanya dengan MANTRA…is it sort of sumpahan…. so TAK PERLU NAK SALAHKAN ORANG LAIN kalau anda tidak menikmati bahagia…kalau rezeki anda mahal…kerana anda sendiri MENUTUP JALAN KEBAHAGIAN.. .JALAN KEJAYAAN…DAN JALAN KEBERKATAN DLM KEHIDUPAN ANDA . Tak payah nak salahkan orang lain…pergi jumpa bomoh sana sini!…JAWAPAN UNTUK KUNCI KEBAHAGIAN.. .KUNCI KETENANGAN.. .THE KEY IS YOU TO HEAL!!!KUASA PENAWAR ITU ADA DI DALAM TANGAN ANDA…MASA AKAN MENJAWABNYA TAPI INI TIDAK BERMAKNA UNTUK BERSERAH BULAT-BULAT TANPA USAHA & IKHTIAR…bila menyebut tentang angin perubahan… lakukanlah dgn ikhlas & tulus…istiqamah. ..kerana Allah dan bukannya mengharapkan PENGIKTIRAFAN MANUSIA semata-mata. ..dlm kesnie pasanganlaa. ..itu lebih membahagiakan sebenarnya.. .LEBIH JUJUR, LEBIH TULEN!!!Bukan apa jika sandaran kerana manusia khuatir bila anda diuji dengan kekecewaan anda akan terus PUTUS ASA, HILANG ARAH….dan akhirnya terbelenggu dengan MASALAH YG ANDA CIPTA SENDIRI!!!

REFLEKSI KEHIDUPAN BERUMAHTANGGA

Refleksi suami saya tentang kehidupan berumahtangga. ..ALLAH TAK PERNAH SILAP DALAM MERENCANAKAN PERKAHWINAN HAMBANYA…ada RAHSIA…ada HIKMAH yang tersembunyi untuk pasangan itu belajar…utk SALING LENGKAP-MELENGKAPI. ..bukannya NAK TUNJUK TERROR!!! Memandang hina pada pasangan…sibuk menuding jari dan mencari kelemahan pasangan…anda mencari kesempurnaan. …jangan sampai pula anda terlupa anda juga tidak sempurna…

“Love is not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly.”

SUCCESSFUL MARRIAGE???

And bytheway…THE KEY OF SUCCESSFUL MARRIAGE IS VERY SIMPLE… ” A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person “…not many-many person haa!!!Itulaa antara rahsia perkahwinan orang dulu-dulu… I HAVE YOU & YOU HAVE ME…TOGETHER WE”RE GOING TO BUILD OUR DREAMS WITH THESE FOUR HANDS!!! Susah-senang sama-sama… sabar & ikhlas…insyaAllah manis yang dicari…INDAH YNG DICIPTA akan mewariskan kemuliaan, kesejahteraan & kejayaan utk generasi seterusnya… marriage is also DUPLICATION PROCESS!!!

Rabu, 20 Mei 2009

mencipta bahagia

Lately makin busy,tak tau pe la nk di sibukkan..ermmm tak sabar nk cuti sekolah..nk rest puas2..terlalu byk tekanan dan cabaran yang terpaksa aku lalui...
Tetiba teringat kembali perbincangan dengan teman-teman tentang pasangan masing-masing. Semuanya berkisar isu nak mencipta bahagia. Ada pening kepala bila si dia suka berbalah dan bertikam lidah. Katanya sunyi dan bosan kalau diam je. Lepas tu mulalah pikir apa nak bagi untuk memujuk buah hati tersayang. Ada pula yang menjeruk rasa bila si dia minta dibelikan sesuatu walaupun kadang-kadang permintaannya memeningkan kepala. Dek kerana sayang pejamkan je mata bila barang yang diidamkan mencecah separuh gaji. So, sementara tunggu cukup bulan, maggi jadi teman setia. Macam-macam kerenah manusia ni.

Macam mana ye nak cipta bahagia yang sebenar. Harta benda ke yang menjadi ukuran… atau komunikasi yang berkesan. Kalau dilihat kembali zaman atuk nenek kita dulu tak adapun barang yang mahal tetapi bahagia hingga akhir hayat. Zaman sekarang pulak semuanya material yang menjadi ukuran. Kadang-kadang aku pikir gak, susah ke nak ikut cara dulu-dulu. Bahagia je walaupun hidup serba sederhana. Dulu masa kecik selalu gak pasang telinga curi-curi dengar orang tua-tua bersembang masa bagi nasihat kalau ada sedara yang nak kahwin. Kata mereka harta bukan ukuran. Komunikasi, toleransi, hormat-menghormati dan sentuhan itu yang utama. Mungkin betul la seperti yang selalu aku baca kat majalah. Apapun terserah la pada setiap pasangan untuk cipta suasana percintaan kalian. Yang penting matlamat utama tercapai…BAHAGIA…

Lately makin busy,tak tau pe la nk di sibukkan..ermmm tak sabar nk cuti sekolah..nk rest puas2..terlalu byk tekanan dan cabaran yang terpaksa aku lalui...
Tetiba teringat kembali perbincangan dengan teman-teman tentang pasangan masing-masing. Semuanya berkisar isu nak mencipta bahagia. Ada pening kepala bila si dia suka berbalah dan bertikam lidah. Katanya sunyi dan bosan kalau diam je. Lepas tu mulalah pikir apa nak bagi untuk memujuk buah hati tersayang. Ada pula yang menjeruk rasa bila si dia minta dibelikan sesuatu walaupun kadang-kadang permintaannya memeningkan kepala. Dek kerana sayang pejamkan je mata bila barang yang diidamkan mencecah separuh gaji. So, sementara tunggu cukup bulan, maggi jadi teman setia. Macam-macam kerenah manusia ni.

Macam mana ye nak cipta bahagia yang sebenar. Harta benda ke yang menjadi ukuran… atau komunikasi yang berkesan. Kalau dilihat kembali zaman atuk nenek kita dulu tak adapun barang yang mahal tetapi bahagia hingga akhir hayat. Zaman sekarang pulak semuanya material yang menjadi ukuran. Kadang-kadang aku pikir gak, susah ke nak ikut cara dulu-dulu. Bahagia je walaupun hidup serba sederhana. Dulu masa kecik selalu gak pasang telinga curi-curi dengar orang tua-tua bersembang masa bagi nasihat kalau ada sedara yang nak kahwin. Kata mereka harta bukan ukuran. Komunikasi, toleransi, hormat-menghormati dan sentuhan itu yang utama. Mungkin betul la seperti yang selalu aku baca kat majalah. Apapun terserah la pada setiap pasangan untuk cipta suasana percintaan kalian. Yang penting matlamat utama tercapai…BAHAGIA…

you....

You are lovely and caring. You help others and spread out a lot of sympathy. Your life aim might be to serve the people. But your weakness is that you forget about yourself, your own needs. All your time is hold back for your friends and family. You are always there for people in trouble. Ready for any emergency. You make a lot of sacrifices just to be a good human. But every woman has her needs, her longings and a destiny. Don't loose yourself in work or curing other people's souls. You will have your own problems in your life. Another problem is that you don't say your opinion when it's right and important to say it. People trample onto your soul if you are always so kind and lovely and helpful. They will play on you. Though you should try to relax more and enjoy your life, you should not loose the gift that was given to you to help others . Not everyone is created this way... You are unique and rare!

SELAMAT HARI GURU

Isnin, 20 April 2009

Carefree ... Rindu Bayangan


Bila kukenang kurenung gambar wajahmu
Kisah yang lalu tak akan berulang lagi
Lupakan saja cerita lama
Usah dirayu pada yang tak sudi

Janganlah dinanti pada yang telah pergi
Hanya luka lamakan berdarah kembali
Kini kecewa tidak terkata
Mengapakah itu disebut lagi

( korus )
Apalah yang hendak di kata
Sudah suratan takdir yang menentukan
Ooh..oh..inilah ragam manusia
Manis di bibir pandai bermain lidah

Berputar-putar membelitkan kata-kata
Hanya linangan air mata yang menitis
Pada bayangan di angin lalu
Membisikkan kata rindu bayangan

Sumbangan RinaMS

Selasa, 14 April 2009

BULAN RABIUL AKHIR

Jika Rabiulawwal bererti bermulanya musim bunga bagi tanaman maka Rabiulakhir pula ertinya musim bunga yang akhir. Bulan ini merupakan peringkat akhir bagi tanaman-tanaman berbunga.

Pada waktu itu biasanya tanaman-tanaman di Tanah Arab akan mengalami peringkat akhir berbunga sebelum musim sejuk tiba. Selain dari Rabiulakhir, bulan ini juga dipanggil dengan nama Rabiul Thani yang membawa pengertian yang sama.

Perlu diketahui bahawa itu adalah gelaran nama bagi satu-satu bulan yang pada asalnya nama itu sudah wujud sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w lagi dan setelah Rasulullah mendapati nama-nama bulan itu tidak memberi makna yang buruk maka Rasulullah s.a.w mengekalkannya. Maka sebenarnya nama Rabiulakhir itu sendiri tidak ada perkaitan dengan ketetapan musim bunga atau buah kepada tanaman.

Cuaca, iklim, suhu dan musim adalah berkait rapat dengan peredaran matahari dan bintang-bintang lain sedangkan taqwim Islam Qamari adalah berlandaskan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi.

Kesimpulannya, Rabiulakhir yang bermakna musim bunga yang akhir tidak dapat dikaitkan dengan musim bunga sebenarnya, ia hanya sekadar nama bagi bulan itu sendiri.


Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Akhir
  1. Peperangan - ada beberapa peperangan yang dicatat berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w yang berlaku di bulan Rabiulakhir diantaranya Peperangan Najran, Pengusiran kaum Yahudi Bani Nadir, Peperangan Al-Ghabah / Zi-Qarad dan Peperangan Al-Ghamar.
  2. Pengepungan Damsyik - pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a diketuai oleh Abu 'Ubaidah bin Al Jarrah dan Khalid bin Al Walid r.a tahun 14 Hijrah dan seterusnya membawa kepada pembukaan Damsyik.
  3. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a meninggal dunia dan Saidina Umar Al-Khattab r.a di bai`ah menjadi Khalifah yang kedua.
  4. Peperangan Jamal - tahun fitnah dimana Saidatina Aisyah r.ha terheret dalam kancah peperangan menentang Khalifah Ali r.a.
  5. Ramai sahabat-sahabat yang gugur syahid diantaranya Talhah r.a dan Ibnu Zubir r.a.
  6. Imam Ghazali r.h meninggal dunia.
  7. Ada pendapat yang mengatakan 27 Rabiulakhir adalah tarikh Isra` dan Mi`raj Rasulullah s.a.w (tarikh difardhukan solat). Namun begitu tarikh yang masyhur dan yang diguna pakai di Malaysia ialah 27 Rejab. Sehingga sekarang masih belum ada kajian rasmi individu atau pihak tertentu yang menyemak kembali tarikh sebenar Isra` dan Mi`raj Rasulullah s.a.w.
FADHILAT

Amalan-amalan ibadat sama ada yang fardhu mahupun yang sunat di bulan Rabiulakhir adalah sama dengan bulan-bulan yang lain. Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini. Walau bagaimanapun, kita diminta untuk meningkatkan amalan dari masa ke semasa walau dalam bulan mana sekalipun.

Terdapat banyak lagi amalan sunat yang masih kita tak buat atau tak berkesempatan buat. Maka pada bulan ini adalah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang kita tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini.

Disamping kita menjaga dan meningkatkan kualiti amalan-amalan wajib, kita juga mesti cuba memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang kita ketahui. Amalan-amalan sunat adalah penampung atau pelengkap kepada amalan-amalan wajib kita.

Diantara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan Rasulullah saw sepanjang tahun ialah solat tahajjud, solat qabliah dan ba`diah, puasa Isnin / Khamis, sedekah, membaca Al-Qur`an dan lain-lain lagi.





Selasa, 7 April 2009

TIADA LAGI-AMY SEARCH

Sia-sia sudah
Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda


Sampai kapan lagi
Aku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada


Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai
Di sini...


Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu
Tiada lagi kata cintamu
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu

sungguh senang

Dalam kehidupan kita seharian,macam² benda yang kita harungi,kadang-kadang benda yang kita tak mampu buat kita akan buat,tapi benda yang sangat senang untuk kita buat, kita tak termampu..Apa yang nak diceritakan dengan sungguh senang?Mai kita tengok sama²..

* Sungguh senang untuk kita tinggal solat.(susah sangat ka nak amik masa 4,5 minit untuk nak solat kejap)
* Sungguh senang untuk berjanji.(Memang senang untuk berjanji,tapi susah nak tunaikan,janji tak pernah ditepati)
* Sungguh senang untuk menipu.(Kenapa la suka sangat nak menipu?Tak ada apa faedah pon.Dapat dosa ada la)
* Sungguh senang untuk mengumpat.(Pot pet pot pet,ngumpat pasal orang,gamak boring pun,tayah la nk ngumpat.)
* Sungguh senang berfikiran negatif.(Kenapa kita harus berfikir negatif?Cth :Pantang nmpak anak dara yang agak berdahi licin,mula la nak pikir yang bukan²)
* Sungguh senang untuk terjerumus kepada maksiat.(Sekadar ingin mencuba,lama² jadi tabiat.Tak baik ni)

* Sungguh senang untuk merendahkan martabat seseorang.(Pada hal diri sendiri tak bagus mana pun,buat bagus-bagus ja)

Inilah di antara apa yang aku nampak..sila la tambah² la kalau ada yang tertinggal..bermacam perkara boleh terjadi dalam hidup kita,kadang² kita yang saja² buat..kadang² ia terjadi secara tak sengaja.."Yang baik jadikan teladan,yang jahat jadikan sempadan"

Isnin, 2 Mac 2009

sirah rabiulawal-mawi


Sirah Rabiulawal
Peristiwa lama menjelang lagi
12 Rabiulawal masa dinanti
Kelahiran nabi yang disayangi
Nabi Muhammad kami sanjungi.

Lahirnya nabi ke muka dunia
Menyampaikan syariat yang disedia
Buat amalan pada manusia
Mentaati perjuangan mulia.

Kukenang kembali penghijrahanmu
Kutatapi pengorbanmu
penuh dengan liku-liku semangatmu
Kau akhiri dengan kejayaanmu.

Kini al-Quran dan juga sunnah
Menjadi amalan seluruh ummah
Iman dan amal sebagai syariah
Hidup sejahtera mendapat hidayah.


sirah rabiulawal-mawi


Sirah Rabiulawal
Peristiwa lama menjelang lagi
12 Rabiulawal masa dinanti
Kelahiran nabi yang disayangi
Nabi Muhammad kami sanjungi.

Lahirnya nabi ke muka dunia
Menyampaikan syariat yang disedia
Buat amalan pada manusia
Mentaati perjuangan mulia.

Kukenang kembali penghijrahanmu
Kutatapi pengorbanmu
penuh dengan liku-liku semangatmu
Kau akhiri dengan kejayaanmu.

Kini al-Quran dan juga sunnah
Menjadi amalan seluruh ummah
Iman dan amal sebagai syariah
Hidup sejahtera mendapat hidayah.


Rabiulawal

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.


Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

bulan rabiulawal

Pengertian

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Jumaat, 13 Februari 2009

valentine day

Asal-usul Valentine

Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.

Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahwa dengan itu mereka akan dikarunia kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah.

Justeru, secara ringkasan saya boleh simpulkan seperti berikut :-


1) Perayaan dalam Islam telah disebutkan oleh Nabi iaitu dari sabdaan Nabi SAW :

(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)

Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)

Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja.

Bagaimanapun, jika sesuatu majlis, keraian dan sambutan itu dianjurkan bukan atas asas atau nama agama serta tiada kaitan dengannya bahkan dibuat atas dasar adat semata-mata. Ianya boleh dan harus diraikan dengan syarat sambutannya tidak diserapi apa jua unsur maksiat dan syirik. Sebagai contoh sambutan kemerdekaan Negara, sambutan ulangtahun penubuhan sesebuah syarikat dan sebagainya. Cuma ia bukanlah disambut sebagai hari raya ketiga atau keempat, tetapi hanya sebagai majlis keraian setaraf dengan majlis perkahwinan dan sepertinya sahaja.

Ini bermakna, tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah disemak. Maka jika disemak perayaan Valentine ini. Ternyata ia berasal dari cerita dongeng, karut dan syirik berakitan dewa dan sebagainya.



2) Tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma' (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. ( Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722)



3) Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam bersifat universal, tidak dibatasi waktu dan tempat dan tidak dibatasi oleh objek dan motif. Hal ini sesuai dengan hadis :

"Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari).

Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan arti kasih sayang terhadap umat manusia.

Rasulullah saw. bersabda : "Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari" (Muslim)

Kasih sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti silaturahmi, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak kepada kebenaran (amar ma'ruf) dan mencegah dari perbuatan munkar


4) Sambutan hari Valentine hari ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara' kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan' dan sepertinya.


5) Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya. Ini dari firman Allah yang bererti :


وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا

"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam" ( An-Nisa : 140 )

Diriwayatkan dari Umar r.a. bahwa dia pernah mendengar Rasulullah s,a.w. bersabda:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang padanya diedarkan arak." (Riwayat Ahmad)

Maka majlis arak yang haram itu adalah sama hukumnya dengan majlis Valentine yang juga haram.



6) Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram berdasarkan kaedah dari firman Allah : "Janganlah kamu bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan"

Bagaimanapun hukum menjual bunga sahaja, ia tidak kurang dari kategori jualan yang syubhah, makruh atau haram khas di hari Valentine.

Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu bekas arak kepada Nabi s.a.w., kemudian Nabi memberitahu bahwa arak telah diharamkan Allah. Orang laki-laki itu bertanya:

Lelaki: Bolehkah saya jual?

Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga menjualnya.

Lelaki: Bagaimana kalau saya hadiahkan raja kepada orang Yahudi?

Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.

Lelaki: Habis, apa yang harus saya perbuat?

Nabi: Tuang saja di dalam parit air. (Al-Humaidi dalam musnadnya)

Justeru, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi syubhah di hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli khas untuk mearikan Valentine yang haram. Seperti juga hokum menjual anggur kepada tukang buat arak yang telah diketahui. Ia tidak dibenarkan dalam Islam menurut pendapat yang terkuat.


7) Dilarang juga saling mengirim ucapan bersempena hari ini.