Jom Klik

Khamis, 27 November 2008

aku bukan lah seorang penulis yang handal yang membuat kata-kata yang indah, bukan juga seorang pujangga yang merangkai sebuah kata menjadi begitu bermakna. Aku hanya seorang manusia yang berusaha untuk menjadi diriku, mencari jati diri dengan berusaha menuliskan semua hal yang aku lihat dan aku alami, semua hal yang aku dengar dan aku rasakan.
Perjalanan seorang yang penuh dengan lika liku kehidupan, terkadang terjebak dalam roda kehidupan itu sendiri, berusaha mencari celah untuk keluar dan kemudian bangkit dari jatuh dan harus berdiri setabah seperti sediakala.
Hidup ini sememang tak mudah, semua memerlukan perjuangan tapi jangan jadikan itu semua sebagai beban, menghadapi segala sesuatu dengan rileks lebih baik dari pada harus panik di semua keadaan. Tidak semua orang hidup dengan ketenangan, tak sedikit pula yang sibuk mencari jalan keluar dari segala permasalahan hidupnya yang tak pernah tentram, mencari kedamaian yang sebenarnya sangat hampir dengannya tapi selalu diabaikan. untaian dosa terus saja mengalir dari semua badan yang terjebak dalam kegelapan. Hati memberontak untuk pergi, tapi tubuh tak sanggup untuk bergerak, ia terkurung dalam penjara yang tak tau di mana pintunya. Saraf-saraf otak sudah tak mampu lagi menahan pertentangan hati dan jiwa, ia tlah rosak dengan ketegangan yang selama ini di alaminya. Dinding pertahanan itu semakin rapuh dan tak kan kuat menahan jiwanya, serangan dan hantaman dari luar semakin kuat hingga sedikit demi sedikit dinding kukuh itu pun terkikis, karana tidak semua mampu bertahan dalam himpitan yangdatang dari dua arah. Sebahagian dari pertahanan itu menyerah dengan kilauan kesenangan yang di tampakkan, padahal semua itu hanya sebuah kehancuran...

Rabu, 26 November 2008

pada pandangan ku tentang cinta

setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam bercouple ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.

Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.

Jadi, sekiranya ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.

ENTAH LA

X Sangka,ramai yang membacanya ..kucipta blog ini sekadar tempat meluahkan perasaan yang terlalu pdat dengan pendam dan dendam...
terlalu sukar rupanya hidup ini.tapi itu namanya sebuah perjuangan hidup..
aku berjuang dengan perasaan sendiri,,mencari redha ilahi agar hidup ku di berkati..
ramai menggelar ku lone ranger mungkin hingga gelaran itu mmg layak bg ku yang dh berumur sebegini masih berseorangan..
ble melihat teman2 dh brkeluarga timbul rasa cemburu dalam hati..bile pulak giliran ku..
mak ayah mula tak senang duduk..semua kerana bimbang si dara ini makin bertambah usia..

ketentuan Allah tiada sape yng mampu menghalang..
jodoh belum ada..
belum sampai seru..
itu jawapan yang selalu aku ucapkan..menenangkan hati sendiri..

wahai kekasih hatiku...
adakah kau jodoh untuk ku..
semoga perhubungan kita ini diredhai Allah
Pertemuan kita Kerana Allah...
“Ya, Allah berikanlah aku kekuatan menempuh ujianMu Ya, Allah

Andai angin itu mampu menyampaikan rindu, bertiuplah bayu, sampaikan rindu hati ini…..
Andainya air yang mengalirkan mampu menghanyutkan duka, mengalirkan sungai hanyutkan duka hati ini…
Andainya sekali ombak menghempas pantai mampu merubah pasir, hempaskan sang ombak sekuat hatimu, ubahlah nasibku ini….
Tapi, aku masih terus begini, tidak sudikan kau sang bayu, sungai dan ombak menolong diriku

dimana silapnya


Kurasakan hari-hari pilu
Tanpa dirimu
Gundah hati mengenang kisah lalu
Mana silap kisah cinta ini
Aku kehilanganmu
Akukah yang bersalah ?
Suram malam ini bagai
Mengejek diriku
Gerimis turun menemani
Malam sepiku
Percayalah
Aku menghargai kehadiranmu
Walau hadirmu seketika cuma

Selasa, 18 November 2008

sebuah kenangan

PUISI CINTA KENANGAN BERSAMA.

Pada sekuntum mawar yang mekar
dan air sungai yang mengalir
disitu ku lihat
terukir wajah mu
dan tertulis....
kisah cinta kita berdua.

Sebuah nostalgia yang lalu
tidak mudah untuk ku lupakan
dan masih ku simpan erat-erat
didalam sebuah potret
wajah kita bersama.

Assalamualaikum

nyway...welcome guys...
I am RUZIANA ALWI...known as ANA..hehehE...
dah cuti-cuti ni x tau la pulak wat pe.
ermm ni bru nk blja wat blog.sape-sape yang pakar tu.bg la ye tunjuk ajar.
Wallahu a'lam...